Bukan seorang penulis tegar.

Tuesday, September 17, 2013

Ditemani aku secangkir kopi
Dari mulanya biji dikisar halus
Rasa yang mula menerjah setiap rona
Datangnya perlahan di suatu ruang rasa.

Dan sepasang anak mata cantik
Diulik sama memoir memoir lama
Lalu aku sedikit terusik
Tersusun kemas antara jiwa jiwa
Tak lekang aku pandang
Atau tidak mahu pula aku
menoleh ke belakang lagi.

Aku ini sudah tenang
Sama yang sudi
Hingga titisan akhir hirupan kopi
Hingga senja labuhkan mentari.

Malam ini --
Bulan datang berseri kembali
Menyinari mimpi mimpi ngeri
Yang akhirnya mewarnai segenap empayar Si Puteri.